Date : 25-11-2002
Encik Razali Hussin
Pengurus Projek
Sime UEP Properties Sdn Bhd By
Fax ( 8024 9311) / Post
Tingkat 9, Wisma UEP,
Jalan USJ 10/1A,
Pusat Perniagaan USJ 10,
47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
Perkara :
Pembinaan Dinding Penghalang Bunyi Di USJ 23/3
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Kam merujuk kepada
surat Tuan bertarikh 30-10-2002 dan di terima oleh kami pada 11-11-2002.
Kami mengucapkan terima kasih atas
jawapan Tuan bahawa pihak Jurutera Perunding sedang membuat penilaian
tentang kontrak seperti di atas.
Walau bagaimanapun, kami berharap
pembinaan dinding penghalang bunyi di USJ 23 dapat disegerakan kerana
penduduk-penduduk USJ 23 telah berpindah ke sini sejak 3 tahun yang lalu.
Penduduk-penduduk USJ 23, terutamanya di baris hadapan, telah mengalami
gangguan bunyi selama 3 tahun dari kendaraan yang lalu-lalang di hadapan
rumah mereka.
Kerjasama Tuan amat dihargai.
Yang benar,
--------------------
Beh Yong Hock
Pengerusi
Jawatankuasa Penghuni-penghuni USJ 23