Tarikh : 9-01-2003
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Subang Jaya,
Subang Jaya.
Tuan,
Perkara : ‘Putra Height
Landmark’ Di Trumpet Flyover
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkara di atas adalah dirujuk.
Kami bagi pihak penduduk-penduduk USJ
23 berasa terperanjat bila terdapat satu ‘Putra Height Landmark’ yang
dibuat dari batu konkrit dibina di bawah Trumpet Flyover sebelum
memasuki USJ 23. Pada pendapat kami struktur tersebut sepatut tidak
dibina di tempat tersebut kerana kedudukan Putra Heights adalah lebih
kurang 5 KM dari kawasan tersebut. 3 keping gambar menunjukkan kedudukan
struktur tersebut adalah dilampirkan untuk rujukan Tuan.
Kami tidak membantah apa-apa
‘directional signboard’ didirikan di sana semata-mata untuk memberikan
arahan kepada orang yang ingin memcari kedudukan ‘Putra Heights’. Tetapi
dengan mendirikan satu struktur ‘Putra Heights Landmark’ di kawasan
tersebut, ia seolah-olah memberitahu orang ramai bahawa USJ 23 adalah
juga dalam kawasan Putra Heights dan ini sudah pasti akan menimbulkan
kekeliruan kepada penduduk USJ 23, 24, 26 dan 27.
Apa yang menjadi pertanyaan orang
ramai ialah samada struktur ‘Putra Heights Landmark’ adalah tanda-tanda
permulaan USJ 23, 24, 26 dan 27 akan digulungkan dalam kawasan Putra
Heights?
Jawapan awal daripada Yang Dipertua
adalah amat dihargai.
Yang benar,
Beh Yong Hock
Pengerusi, USJ 23 Resident & N/W Pro Tem Committee 2002/3